Skip to main content

Pada November lepas, THQ Nordic melancarkan permainan pernambah-baikkan De Blob di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Kini, THQ Nordic akhirnya mengumumkan bahawa permainan tersebut bakal kembali ke konsol Nintendo, iaitu Nintendo Switch yang mana sebelum ini asalnya permainan tersebut dilancarkan di Nintendo Wii.

De Blob adalah permainan 3D Platformer dimana anda akan mengawal sebuah gumpalan warna dan mewarnakan kembali bandar-bandar untuk memberi warna kembali ke dunia. Permainan ini dikeluarkan oleh THQ dan dibangunkan oleh Blue Tongue Entertainment. Kini Blitworks sekali lagi akan bertanggung jawab untuk pembangunan permainan tersebut di Switch.

Namun buat masa sekarang, THQ Nordic masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran bagi permainan tersebut dan juga sebarang kemaskini terbaru. Memandangkan permainan De Blob 2 juga bakal dilancarkan pada bulan ini, mungkin juga kita bakal melihat kedua-dua permainan tersebut akan dilancarkan di Switch dalam masa terdekat ini.

Leave a Reply