THQ Nordic hari ini mengumumkan bahawa permainan de Blob 2 akan dikeluarkan untuk konsol Playstation 4 dan Xbox One pada 27 Februari ini.

Permainan ini merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan asalnya yang dilancarkan pada 2011 lepas. Pada November lepas juga, THQ Nordic melancarkan permainan-pernambahbaikkan de Blob yang pertama di konsol yang sama.

Permainan platformer dan tekaria ini boleh dimain secara berseorangan ataupun dengan rakan melalui perkongsian skrin yang sama dan hanya menyokong multi-pemain setempat. de Blob 2 telah dikeluarkan untuk PC pada 23 Jun tahun lepas dan sekarang dijual dengan harga agak murah iaitu RM19.00 selepas 50% diskaun melalui Steam.

Kami juga mengharapkan permainan ini dikeluarkan untuk Nintendo Switch kerana bagi kami permainan ini agak sesuai dengan konsol tersebut terutamanya bentuk multi-pemain yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Sohor Kini