Informasi Permainan Video Terkini
Permainan De Blob Kembali – Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan Xbox One November Ini
PC

Permainan De Blob Kembali – Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan Xbox One November Ini

Diterbitkan pada Okt 26, 2017 oleh .

Permainan 3D Platformer De Blob yang terkenal di Nintendo Wii kini bakal kembali ke Playstation 4 dan Xbox One pada 17 November ini. Asalnya ia dilancarkan di Nintendo Wii pada 2008 lepas dan memdapat pujian ramai dengan bentuk permainannya yang unik dan menarik.

De Blob adalah permainan 3D Platformer dimana anda akan mengawal sebuah gumpalan warna dan mewarnakan kembali bandar-bandar untuk memberi warna kembali ke dunia. Permainan ini dikeluarkan oleh THQ dan dibangunkan oleh Blue Tongue Entertainment. Kini bersempena pelarancannya di Konsol, ia bakal dibangunkan oleh BlitWorks.

Pada April yang lepas juga, permainan ini dilancarkan semula di PC melalui Steam dan ia mendapat sambutan ramai dengan bentuk permainannya dan juga muzik latarnya yang menarik.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini di PC, ia sudah boleh dibeli sekarang dengan harga RM38 di laman rasmi Steam. Bagi anda yang ingin bermainnya di konsol Playstation 4 dan Xbox One, ia bakal dilancarkan 17 November ini.