Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terbaru Kingdom Hearts 3 Dipertontonkan Ketika Acara Disney D23 Expo Japan

Trailer Terbaru Kingdom Hearts 3 Dipertontonkan Ketika Acara Disney D23 Expo Japan

Diterbitkan pada Feb 10, 2018 oleh .

Bersempena dengan acara Disney D23 Expo Japan 2018, Square-Enix dan Disney akhirnya mempertontonkan trailer terbaru buat permainan Kingdom Hearts 3.

Trailer tersebut memaparkan sebilangan dunia baru, seperti yang tertiris tahun lepas, tampaknya dunia Monster Inc bakal tiba di permainan Kingdom Hearts 3, bersama dunia filem Tangled. Sebelum ini juga, Disney dan Square-Enix juga mempertontonkan dunia Toy Story bakal tiba di permainan tersebut ketika acara Disney D23 tahun lepas.

Selain itu, trailer tersebut juga mempamerkan sebilangan senjata baru buat Sora seperti serangan senjata seakan Yoyo dan juga keupayaan untuk memanggil Ariel dari My Little Mermaid.

Selain itu, Disney juga mempertontonkan satu lagi trailer yang memfokuskan lagu tema baru oleh Utada Hikaru yang bertajuk “Don’t Think Twice”. Trailer tersebut juga memaparkan kostum terbaru buat watak Riku dan Mickey yang mana mereka tampaknya berada di lokasi Realm of Darkness.

Namun buat masa ini, Square-Enix dan Disney masih tidak lagi berkongsi tarikh pelancaran bagi permainan Kingdom Hearts 3. Tetapi, mereka menyatakan bahawa ia akan diumumkan ketika acara E3 2018 yang akan berlangsung pada Jun ini.

Kingdom Hearts 3 adalah permainan aksi pengembaraan seterusnya oleh Square-Enix yang mana ia merupakan permainan hasil kolaborasi antara Disney dan Square-Enix. Ia dirancang untuk dilancarkan tahun ini di Playstation 4 dan Xbox One.


TIPS & ULASAN