Square-Enix dan Disney hari ini telah mempertontonkan trailer terbaru untuk Kingdom Hearts 3 di Disney D23 Expo. Setelah sekian lama trailer ini dinantikan oleh peminat dan diberi petunjuk oleh pengarah permainan ini, Tetsuya Nomura, Square-Enix akhirnya memperkenalkan dunia terbaru untuk permainan Kingdom Hearts 3 iaitu Toy Story.

Trailer sebelum ini yang dipertontonkan ketika Kingdom Hearts Orchestra Tour beberapa minggu lepas, mempertontonkan aksi bentuk permainan di dunia Hercules dan pelbagai bentuk senjata baru bagi Sora, watak utama di dalam permainan ini. Trailer terbaru kali ini pula, Square-Enix memperlihatkan tambahan untuk senjata-senjata dan juga dunia terbaru untuk permainan ini, Toy Story. Toy Story merupakan filem animasi yang terkenal dari Disney Pixar pada tahun 1995, dan telah berkembang hingga ke sekuel Toy Story 2 dan Toy Story 3.

Trailer ini juga memperlihatkan keupayaan pemain untuk menaiki dan mengguna robot, seakan kenderaan untuk berlawan dengan musuh. Tidak banyak yang dapat diperlihatkan dari segi pemceritaan di dalam trailer terbaru ini. Di akhir tayangan trailer ini, Square-Enix mengumumkan tahun pelancaran Kingdom Hearts 3 ni iaitu 2018, tahun depan.

Sohor Kini