Setelah sekian lama kita tidak mendengar sebarang informasi lanjut berkenaan permainan Kingdom Hearts 3, dimana kali terakhir Square-Enix berkongsi sebarang informasi berkenaan permainan tersebut adalah pada Julai lepas yang mana mereka menyertakan dunia Toy Story di dalam permainan Kingdom Hearts 3 bersempena dengan acara Disney D23 Expo. Kini, melalui laporan KH Insider, nampaknya permainan Kingdom Hearts 3 juga akan menyertakan satu lagi dunia daripada filem Pixar Disney, iaitu Monster Inc.
Namun, kesahihan gambar ini juga mungkin tidaklah benar, kerana gambar ini mungkin tertiris daripada hasil pembangunan permainan Kingdom Hearts 3 yang lama. Square-Enix dan Disney juga masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi buat permainan tersebut.
Menariknya juga, melalui paparan skrin tersebut, watak Mike dan Sulley juga akan menyertai pasukan pemain untuk membantu dalam pertempuran permainan. Watak Boo juga berada di dalam paparan skrin tersebut sekaligus ia juga ditempatkan ketika penceritaan Monster Inc yang mana raksasa di dalam dunia tersebut masih lagi takut dengan manusia. Bukti ini juga jelas apabila watak Sora juga ditukarkan seolah seekor raksasa.
Namun, ketika artikel ini ditulis, Square-Enix masih belum lagi berkongsi sebarang informasi berkenaan paparan skrin tersebut. Tampaknya juga kita mungkin tidak perlu menunggu dengan lebih lama untuk menanti permainan ini kerana Square-Enix juga menyatakan bahawa permainan ini akan dilancarkan pada 2018 ini ketika acara Disney D23 Expo.