Informasi Permainan Video Terkini
Grand Theft Auto V Telah Terjual Sebanyak 90 Juta Unit – Mikro-Transaksi Terus Menguntungkan Take-Two

Grand Theft Auto V Telah Terjual Sebanyak 90 Juta Unit – Mikro-Transaksi Terus Menguntungkan Take-Two

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Take-Two Interactive, pemilik syarikat pembangun permainan Rockstar Games hari ini mengumumkan hasil pendapatan syarikat tersebut yang berakhir pada Disember lepas dengan hasil pendapat yang sangat memberansangkan dan mod multi-pemain GTAV, iaitu GTA Online terus menguntungkan syarikat tersebut.

Menurut Take-Two Interactive, permainan GTAV telah terjual sebanyak 90 juta salinan dan GTA Online memegang rekod sebagai permainan yang sering dibelanja oleh pengguna secara berulang. Ini juga disebabkan melalui mikro-transaksi, langganan, DLC pernambahan dan kandungan digital lain bagi permainan tersebut.

Dengan keuntungan yang diperoleh oleh Take-Two Interactive melalui permainan ini, kemungkinan juga permainan koboi simulasi Rockstar Games akan datang, Red Dead Redemption 2 juga akan mempunyai sistem mikro-transaksi seperti yang dilaporkan oleh kami tahun lepas. Tambahan dengan mod battle royale juga mungkin akan tiba di permainan tersebut.

Menurut Take-Two Interactive, mereka juga kagum dengan kejayaan bagi konsol Nintendo Switch dan mereka juga berminat untuk membawa lagi banyak permainan ke konsol tersebut.