Informasi Permainan Video Terkini
Red Dead Redemption 2 Akan Disertakan Bersama Sistem Mikro-Transaksi

Red Dead Redemption 2 Akan Disertakan Bersama Sistem Mikro-Transaksi

Diterbitkan pada November 10, 2017 oleh .

Sistem mikro-transaksi di dalam permainan sudah menjadi satu kebiasaan bagi permainan video sekarang, terutamanya permainan video yang memfokuskan bentuk permainan multi-pemain. Kini, menurut CEO Take-Two Interactive, Strauss Zelnick menyatakan bahawa permainan Red Dead Redemption 2 akan disertakan bersama mikro-transaksi.

Ketika laporan kewangan Take-Two Interactive yang berlangsung minggu ini, Strauss Zelnick menyatakan hasil daripada mikro-transaski merupakan keuntungan syarikat tersebut sebanyak 42%. Dengan keuntungan tersebut, penggunaan mikro-transaksi untuk permainan akan datang oleh mereka bukanlah suatu yang memeranjatkan.

Namun, beliau juga tidak menyatakan mikro-transaksi tersebut akan tiba secara bentuk atas-talian mahupun mata-wang maya seperti permainan GTA Online. Buat masa ini kita hanyalah perlu menunggu dan melihat apabila Red Dead Redemption 2 tiba pada tahun hadapan di Playstation 4 dan Xbox One.