Skip to main content

Rainway merupakan aplikasi yang ingin membolehkan pemain menstrim permainan PC ke konsol dan juga peranti pintar, sebagai contoh Cuphead melalui PC boleh dimainkan di Nintendo Switch.

Sekarang anda boleh mencubanya sendiri melalui beta terbuka tetapi setakat ini anda hanya boleh menstrimkan PC ke pelayar web sahaja dengan kata lain dari satu PC ke PC yang lain. Penstriman ke peranti pintar dan konsol akan datang di masa hadapan.

Anda boleh mencubanya dengan melayari laman mereka rainway.io. Melalui percubaan awal kami, walaupun kami berjaya untuk strim dari PC ke komputer riba akan tetapi kependaman yang terlalu tinggi menyukarkan kami untuk bermain. Aplikasi masih di peringkat beta dan semestinya akan menerima penambah-baikkan sebelum dikeluarkan secara penuh.

Leave a Reply