Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan aplikasi Rainway, ia merupakan aplikasi dimana ia berupaya untuk penstriman daripada PC ke peranti lain. Ia dibangunkan oleh Andrew Sampson dimana beliau menyatakan aplikasi tersebut bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Pada minggu ini, melalui akaun rasmi Twitter Rainway Andrew Sampson berkongsi satu video dimana beliau menstrim permainan Cuphead di konsol Nintendo Switch. Ia merupakan demo aplikasi tersebut dimana ia berupaya untuk menstrim sebarang permainan melalui PC ke pelbagai peranti-peranti lain termasuk lain Nintendo Switch.

Seperti yang dipertontonkan, kualiti strim aplikasi tersebut juga sangat lancar dipermainkan. Namun, aplikasi tersebut dijalankan secara optimun melalui pembangun tersebut dan masih belum lagi dilancarkan secara rasmi.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba aplikasi Rainway, aplikasi tersebut akan dilancarkan secara beta terbuka pada 20 Januari ini. Anda boleh melayari laman rasmi Rainway untuk informasi lanjut.

Laman Rasmi : Rainway

Sohor Kini