Skip to main content

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan kemudahan penstriman permainan dari satu peranti ke peranti lain. Terkini, salah satu perkhidmatan yang dalam pembangunan adalah Rainway.

Rainway ingin menawarkan kemudahan untuk anda strim permainan daripada PC pada Nintendo Switch atau telefon pintar anda – dan begitu juga sebaliknya.

Rainway

Melalui laman web rasmi Rainway, mereka mengatakan perkhidmatan ini akan ditawarkan secara percuma, dan tidak memerlukan sebarang perkakasan tambahan untuk digunakan.

Beta untuk Rainway ini dijangka ditawarkan pada 20 Januari 2018 kelak. Bagi anda yang berminat, boleh mengikuti perkembangannya di laman rasmi Rainway, atau turut mengikuti kami di Aksiz.

Leave a Reply