Informasi Permainan Video Terkini
Legion Of Champions Series II – Temu Bual Bersama Pasukan Fire Dragoon Dari Malaysia

Legion Of Champions Series II – Temu Bual Bersama Pasukan Fire Dragoon Dari Malaysia

Diterbitkan pada Jan 27, 2018 oleh .

Dengan berjayanya Fire Dragoon ke acara akhir Legion Of Champions ketika pusingan kelayakan beberapa minggu lepas, kini pasukan daripada Malaysia tersebut akan bertempur di acara akhir Legion Of Champions Series II yang ditempatkan di Bangkok, Thailand dimana mereka akan bertempur bersama 9 lagi pasukan daripada seluruh Asia Tenggara untuk menjuarai Legion Of Champions yang berlangsung hujung minggu ini.

Terdiri daripada 5 ahli, pasukan League of Legends Fire Dragoon ditubuhkan pada penghujung 2015 dan memasuki arena e-sukan secara penuh masa ketika pertengahan 2016. Dengan barisan pasukan yang baru sepanjang tahun bersama jurulatih Luqman Abdullah, mereka mengumpul pemain-pemain terbaik seluruh Malaysia dengan harapan untuk mengharumkan nama negara Malaysia di tahap antarabangsa dengan permainan League Of Legends

Kami dari Aksiz juga mengucapkan selamat maju jaya bagi pasukan Fire Dragoon untuk menempuhi pusingan akhir Legion Of Champions Series II yang berlangsung hujung minggu ini.

Berikut adalah temu bual penuh bersama pasukan tersebut.

Apakah yang anda ingin ucapkan kepada pasukan-pasukan lain?

Kami cuma berharap pasukan-pasukan lain tidak mengharamkan sebilangan watak-watak utama di dalam permainan yang merupakan strategi utama kami untuk permainan ini.

Apakah jangkaan anda di dalam pertandingan ini?

Semestinya kami ingin menjuarai pertandingan. Tiada pasukan yang datang ke pertandingan dan ingin kalah, kami juga tidak berbeza dimana kami berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk pertandingan ini.

Pasukan mana yang anda ingin bertempur buat pasukan pertama?

Kami sememangnya ingin bertempur dengan pasukan yang kuat dimana pertandingan ini akan menjadi penanda aras bagi kami untuk menentu kedudukan kami. Kami juga tidak kisah untuk bertempur dengan mana-mana pasukan yang mana kami juga yakin dengan keupayaan kami buat masa ini. Kami berharap kami bertempur dengan baik dan pada masa yang sama menikmati keseluruhan pertandingan tersebut.

Adakah anda pernah berlatih ataupun bertempur dengan mana-mana pasukan?

Sememangnya kami pernah bertempur dan berlatih dengan salah satu pasukan yang tersenarai. Namun kami tidak akan mengumumkan pasukan mana yang kami pernah berlatih bersama.

 


TIPS & ULASAN