Skip to main content

Pada 6 Januari lepas, perlawanan akhir untuk kelayakan Legion of Champions Series II – Malaysia menampakkan Fire Dragoon memenangi kelayakan ini dengan mengalahkan 4moD.  Di atas kemenangan ini Fire Dragoon mendapat hadiah tunai RM 5,000.00 dan juga akan mewakili Malaysia di Legion of Champions Series II yang akan berlangsung di Bangkok pada 26 hingga 28 Januari nanti.

Selepas kemenangan itu, ketua pasukan Fire Dragoon, Jonathan ‘Xare’ Chan menyatakan yang mereka teruja kerana berjaya memenangi kelayakan ini dan juga dapat mewakili Malaysia.  Mereka tidak sabar untuk melawan pasukan-pasukan hebat rantau ini di Bangkok nanti. Tambah beliau kejohanan ini berjaya dilakukan kerana mendapat sokongan dari syarikat-syarikat seperti Lenovo.

Keputusan penuh untuk sesi kelayakan bagi Legion of Champions Series II – Malaysia adalah seperti berikut

  • Johan – Fire Dragoon
  • Naib Johan – 4moD 3.0
  • Tempat ketiga – Allegiance
  • Tempat keempat – Orange eSports

Legion of Champions merupakan siri pertandingan League of Legends tahunan yang dianjurkan oleh Lenovo bersama dengan Intel dan Garena yang akan melibatkan pasukan-pasukan terbaik dari rantau Asia Tenggara. Acara akhir bagi Legion of Champions II akan berlangsung pada 26 sehingga 28 Januari ini di Bangkok, Thailand.

Leave a Reply