Informasi Permainan Video Terkini
Legion Of Champion Series II – Kejohanan E-Sukan League Of Legends Oleh Lenovo Berlangsung Minggu Ini Di Bangkok

Legion Of Champion Series II – Kejohanan E-Sukan League Of Legends Oleh Lenovo Berlangsung Minggu Ini Di Bangkok

Diterbitkan pada Jan 26, 2018 oleh .

Bagi anda yang mengikuti arena e-sukan, minggu ini berlangsungnya acara Legion of Champion Series II di Bangkok, Thailand yang mana ia melibatkan 10 pasukan dari seluruh Asia Tenggara bertempur untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM58,000.

Acara ini merupakan acara e-sukan permainan League Of Legends kedua yang dianjurkan oleh Lenovo dimana pada 2017, ia juga diadakan di Bangkok Thailand. Kali ini Legion Of Champions kembali di Patip Pratinum, Bangkok Thailand yang mana ia bakal menentukan pasukan terbaik sepanjang 1400 pasukan bertempur di seluruh Asia Tenggara ketika pusingan kelayakan.

Terdapat 10 pasukan yang akan bertempur iaitu terdiri daripada seluruh Asia Tenggara. Dimana sebelum ini, pasukan Fire Dragoon melayakkan diri mereka untuk ke pusingan akhir di Bangkok dimana mereka menjuarai pusingan kelayakkan di Malaysia beberapa minggu lalu. Antara 10 pasukan yang akan bertempur adalah:

  • Headhunter dari Indonesia
  • Wargods dari Filipina
  • Sovereign dari Singapura
  • Fire Dragoon dari Malaysia
  • HUBT dari Vietnam
  • ARGM dari Hong Kong
  • Once dari Taiwan
  • Nyan Nyan Toody dari Thailand
  • Insurgent dari Thailand
  • Strawberry Cheesecake dari Thailand

Acara tersebut akan bermula pada 26 sehingga 28 Januari dimana ia juga akan disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook Lenovo Thailand.

Namun, bagi anda yang berpeluang untuk melawat pasaraya Patip Pratinum di Bangkok Thailand pada hujung minggu ini, Lenovo juga menyediakan pelbagai aktiviti buat anda seperti demo permainan realiti-maya dan anda berpeluang untuk mencuba sebilangan produk-produk daripada Lenovo.

Namun, Lenovo juga tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan sebilangan produk terbaru mereka iaitu laptop bersama desktop yang kini sudah berada di pasaran dengan pelbagai jenis spesifikasi yang bersesuaian untuk semua jenis pemain.

Menariknya juga, Lenovo juga mengumumkan laptop Legion y520 Anniversary Edition yang mana ia merupakan edisi terhad ulang tahun Legion bagi laptop Legion Y520. Menurut Gregory Beh, Ketua Produk Lenovo bagi Asia Tenggara menyatakan bahawa laptop Legion Y520 akan dilancarkan di Malaysia di pengedar rasmi Lenovo dan kedai Rasmi Lenovo sekitar bulan Mac ini.

Legion Y520 Anniversary Edition akan menyertakan dua warna iaitu warna merah dan hitam ataupun warna emas dan hitam. Kedua-dua laptop tersebut akan menyertakan dua spesifikasi yang berlainan dimana Lenovo akan mengumumkannya kelak. Tambahan juga, Gregory Beh juga menyatakan bahawa Malaysia merupakan penjual utama bagi produk Lenovo Legion.

Selain itu, Gregory Beh juga memperacahkan bahawa mereka akan mengumumkan projek terbaru oleh mereka tahun ini yang mana ia akan menjadi satu projek PC permainan seterusnya oleh mereka. Sepanjang 18 bulan dan bertemu seluruh pemain permainan di seluruh empat benua untuk bersiap sedia dengan projek mereka seterusnya. Selain itu, Gregory Beh juga menyatakan mereka akan menjadi bekerjasama dengan permainan e-sukan sebagai perkakasan utama buat permainan tersebut. Menurut Lenovo, mereka akan mengumumkannya kelak pada tahun ini.

Dengan berlangsungnya acara Legion Of Champions Series II kali ini, tampaknya Lenovo tidak akan memberhentikan acara tersebut dan akan terus menyokong arena E-Sukan di seluruh Asia Tenggara. Jangan lupa untuk memberi sokongan kepada pasukan Malaysia, Fire Dragoon yang di Patip Pratinum, Bangkok Thailand ataupun anda juga boleh menyokong melalui menonton acara tersebut secara langsung di laman rasmi Facebook Lenovo Thailand.