Square Enix melalui siaran akhbar mengumumkan yang Cyrstal Dynamics iaitu pembangun kepada siri Tomb Raider melantik 15 pakar dalam industri permainan pada bulan ini. Kemungkinan besar untuk projek The Avengers dan juga sambungan kepada siri Tomb Raider.

Walaupun tiada senarai nama penuh dikeluarkan tetapi mereka berkongsi dua nama iaitu Shaun Escayg sebagai Pengarah Kreatif untuk The Avengers yang sebelum ini kami melaporkan yang beliau meninggalkan Naughty Dog dan juga Stephen Barry sebagai Pengarah Produksi yang berpengalaman lebih 27 tahun dalam industri permainan dan juga bekas Visceral yang ditutup oleh EA pada tahun lepas.

Selepas diumumkan pada tahun awal tahun lepas, tiada sebarang informasi baru untuk projek The Avengers tetapi mengikut IGN permainan ini kemungkinan besar adalah permainan di atas talian ataupun MMO.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=rq_V6WHSmQs?rel=0&showinfo=0]

Dengan pelantikan baru ini kami mengharapkan pembangunan The Avengers lebih dicepatkan dan informasi-informasi terbaru boleh dikongsikan.

Sohor Kini