Skip to main content

Shaun Escayg, iaitu pengarah kreatif buat permainan Uncharted: The Lost Legacy, kini mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan syarikat pembangun permainan Naughty Dog setelah tujuh tahun bersama mereka.

Shaun Escayg dimana sebelum ini juga terlibat di dalam pembangunan permainan The Last Of Us dan Uncharted 4: A Thief’s End yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Beliau juga bertanggungjawab terhadap permainan Uncharted: The Lost Legacy yang mana beliau merupakan penulis dan pengarah kreatif buat permainan tersebut. Menurut kenyataan beliau di akaun Twitter rasminya, beliau menyatakan bahawa permainan Uncharted: The Lost Legacy merupakan pengalaman pembangunan permainan yang mempertingkatkan daya kreativiti beliau sepanjang pembangunannya.

Menariknya, di Instagram Shaun Escayg, beliau memperacahkan imej logo Marvel Avengers yang mana mungkin beliau akan ke syarikat Crystal Dynamics dan membangunkan permainan Avengers yang diumumkan oleh Marvel dan Square-Enix pada awal 2017 lepas.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Shaun Escayg dengan segala perjalanan beliau pada masa akan datang.

Leave a Reply