Dissidia: Final Fantasy NT akan dikeluarkan pada 30 Januari nanti, bersempena dengan ini Watanabe Coffee di Orchad Scotts, Singapura akan bertemakan Final Fantasy bermula pada 24 Januari sehingga 10 Februari.
Dekorasi kafe dipenuhi dengan gambar-gambar dan juga cutout watak Final Fantasy yang berdasarkan permainan Dissidia, sangat menarik bagi sesiapa ingin mengambil foto.
Jika anda mengunjungi kafe ini anda juga boleh membeli merchandise Final Fantasy selain daripada menjamu selera dengan menu khas iaitu Moogle Curry dan juga dua minuman iaitu Moogle dan Materia.
Jika anda memesan sebarang makanan di kafe ini anda berpeluang untuk mendapat poster khas Final Fantasy XIV selain daripada coaster dan juga avatar untuk PSN.
Selain itu tersedia juga tiga set PlayStation yang anda boleh gunakan untuk mencuba Dissidia Final Fantasy NT walaupun sesi demo terbuka untuk permainan ini sudah tamat.
Kafe ini beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam pada hari biasa dan 8 pagi hingga 11 malam pada hujung minggu. Menu khas Final Fantasy hanya disediakan selepas pukul 11 pagi.