Selain pengumuman berkenaan pelancaran Dissidia: Final Fantasy NT, Square-Enix juga mengadakan acara khas sesi percubaan bagi permainan tersebut bermula 12 sehingga 22 Januari ini.

Beta terbuka tersebut akan membenarkan pemain unutk mencuba sebahagian daripada mod-mod permainan yang akan disertakan apabila ia dilancarkan kelak. Tambahan juga, beta terbuka bagi permainan tersebut akan dilancarkan secara berperingkat iaitu bermula:

  • 12 Januari jam 10:00 malam sehingga 16 Januari jam 5:00 pagi
  • 16 Januari jam 6:00 pagi sehingga 19 Januari jam 5:00 pagi
  • 19 Januari jam 6:00 pagi sehingga 22 Januari jam 5:00 pagi

Setiap peringkat sesi beta terbuka tersebut juga akan menyediakan sebilangan watak yang berlainan untuk pemain gunakan dan hanyalah boleh dimainkan mengikut waktu yang ditetapkan sahaja. Selain itu, untuk mencuba beta terbuka tersebut, pemain perlu menyambungkan ke internet dan bagi pemain yang tidak mempunyai langganan PlaystationPlus, pemain masih lagi boleh mencuba beta terbuka tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba beta terbuka permainan Dissidia: Final Fantasy NT, anda boleh melayari laman PSN Store dibawah untuk muat-turunnya secara percuma.

Dissidia: Final Fantasy NT adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Permainan ini mengandungi watak-watak dari siri Final Fantasy dan ia bakal dilancarkan pada 30 Januari 2018 di Playstation 4.

Muat-Turun : Beta Terbuka Dissidia: Final Fantasy NT

Sohor Kini