Informasi Permainan Video Terkini
Dissidia: Final Fantasy NT Ultimate Box Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia Pada 30 Januari Ini
Artikel Berkaitan

Dissidia: Final Fantasy NT Ultimate Box Bakal Tiba Di Pasaran Malaysia Pada 30 Januari Ini

Diterbitkan pada Jan 13, 2018 oleh .

Pada tahun lepas, Square-Enix mengumumkan yang mana permainan Dissidia: Final Fantasy NT akan dikeluarkan dalam sebilangan bentuk edisi terhad termasuklah edisi Steelbook. Hari ini, dengan kerjasama Sony Interactive Entertainment, Square-Enix mengumumkan edisi terhad permainan Dissidia: Final Fantasy NT Ultimate Box akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Januari ini.

Dissida: Final Fantasy NT Ultime Box akan menyertakan sebilangan kandungan permainan tersebut dengan harga RM959. Antara kandungan yang disertakan adalah:

  • Permainan Dissidia: Final Fantasy NT
  • Kalendar rasmi Dissidia: Final Fantasy NT (Bermula bulan April, kalendar tersebut akan menyertakan imej CG asli watak dan persekitaran permainan)
  • Muzik latar Dissidia: Final Fantasy NT edisi Ultimate Box (menyertakan 15 muzik latar asli bersama versi arked)
  • Figura Warrior of Light dengan ukiran terperinci daripada ilustrasi asal Tetsuya Nomura
  • Steelbook permainan Dissidia: Final Fantasy NT
  • Kod digital muzik latar mini yang boleh dimuat-turun
  • Pas musim permainan Dissidia: Final Fantasy NT (Menyertakan kandungan DLC pernambahan yang akan dilancarkan kelak)

Namun, bagi anda yang tidak berminat untuk mendapatkan edisi terhad permainan tersebut, Square-Enix juga mengumumkan edisi biasa bagi permainan tersebut yang mana pemain boleh dapatkan dimana-mana pengedar rasmi Playstation ataupun secara digital melalui PSN Store. Berikut adalah senarai harga yang ditetapkan oleh Square-Enix.

  • Dissidia: Final Fantasy NT Edisi Fizikal RM269
  • Dissidia: Final Fantasy NT Edisi Digital RM249
  • Dissidia: Final Fantasy NT Edisi Digital Premium RM359

Edisi digital premium akan menyertakan muzik latar bersama pas musim permainan tersebut. Selain itu, Square-Enix juga menyertakan sebilangan kandungan tambahan seperti Tema Khas Playstation dan juga kostum-kostum watak permainan bagi mereka yang membuat pra-tempahan secara digital.

Manakala, bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini dahulu, bermula 12 sehingga 22 Januari ini, Square-Enix akan mengadakan sesi percubaan beta terbuka permainan tersebut secara berperingkat. Bagi anda yang berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut, anda boleh melayari pautan ini.

Dissidia: Final Fantasy NT adalah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Team Ninja dan dikeluarkan oleh Square-Enix. Permainan ini mengandungi watak-watak dari siri Final Fantasy dan ia bakal dilancarkan pada 30 Januari 2018 di Playstation 4.


TIPS & ULASAN