Skip to main content

Lanjutan daripada ura-ura berkenaan Final Fantasy XV Royal Edition baru-baru ini, Square-Enix akhirnya mengumumkan Final Fantasy XV Royal Edition yang menyertakan pelbagai kemaskini terbaru buat permainan tersebut termasuklah kandungan musim pas yang disertakan secara bersama.

Menurut laman rasmi Square-Enix, Final Fantasy XV Royal Edition akan menyertakan pelbagai kandungan baru seperti:

  • Kawasan Insomnia City Ruins yang diperluaskan
  • Mod penembak pandang pertama
  • Barangan baru
  • Ketua musuh tambahan seperti Cerberus, Omega, Rulers Of Yore
  • Armiger Unleashed – Mod Armiger dengan bentuk serangan baru
  • Keupayaan untuk menggunakan kenderaan bot Royal Vessel dan mengembara dilaut
  • Kesemua pas musim permainan (Episode Ignis, Prompto, Gladio dan Comrades)
  • Kandungan kostum, kelengkapan dan senjata baru
  • Mod Cosmogony dimana pemain berupaya untuk mendalami lagi kandungan penceritaan permainan Final Fantasy XV
  • Trofi baru

Menurut Square-Enix, kemaskini Royal Edition ini boleh dibeli secara berasingan bagi mereka yang sudah mempunyai permainan Final Fantasy XV secara pembelian melalui DLC pernambahan Royal Pack dengan harga $19.99(~RM80) dan ia akan dilancarkan pada 6 Mac ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Menariknya juga, berdasarkan trailer video yang dipertontonkan, Final Fantasy XV Royal Edition juga tampaknya akan menyertakan pelbagai kandungan adegan baru bersama watak Cor dan sekumpulan Kingsglaive di dalam dunia EOS ketika penghujung permainan tersebut.

Tambahan juga, dengan pengumuman versi PC pada tahun lepas, Square-Enix juga mengumumkan versi Final Fantasy XV: Windows Edition akan dilancarkan pada tarikh yang sama dengan Final Fantasy XV Royal Edition iaitu pada 6 Mac ini.

Bagi versi PC, permainan tersebut akan menyokong resolusi sehingga 8k dan HDR10. Menariknya juga, ia juga bakal tiba dengan sokongan mod dan segala kandungan pas musim yang tiba sebelum ini di konsol bersama kandungan Royal Edition yang diumumkan.

Square-Enix juga mengumumkan bahawa permainan versi tersebut boleh dipra-tempahan bermula 1 Februari ini dimana setiap pra-tempahan akan menyertakan sebilangan kandungan esklusif mengikut kedai atas-talian yang anda pra-tempah. Antara kedai atas-talian yang anda boleh dapatkan permainan ini adalah melalui Steam, Microsoft Store dan Origin.

Bagi anda yang ingin memastikan PC anda boleh mainkan permainan ini, Square-Enix juga akan melancarkan aplikasi penanda aras permainan tersebut pada 1 Februari ini dan berikut adalah spesifikasi PC minima, yang disarankan dan juga spesifikasi buat 4k bagi permainan tersebut:

Spesifikasi Final Fantasy XV: Windows Edition
Pemproses Paling Minimum
Intel Core i5-2500 3.3GHz

AMD FX-6100 3.3GHz
Pemproses Disarankan
Intel Core i7-3770 3.4GHz

AMD FX-8350 4.0GHz
Kad Grafik Paling Minimum
GeForce GTX 760, GTX 1050

Radeon R9 280
Kad Grafik Disarankan
GeForce GTX 760, GTX 1050

Radeon R9 280
RAM Paling Minimum
8GB
RAM Disarankan
16GB
Ruang Pemasangan
100GB ke atas
Sistem Operasi
Windows 7/8/10 64-bit

Spesifikasi Final Fantasy XV: Windows Edition 4k
Pemproses Disarankan
Intel Core i7-3770 3.4GHz

AMD FX-8350 4.0GHz
Kad Grafik Disarankan
Geforce GTX 1080 Ti
RAM Disarankan
16GB
Ruang Pemasangan
155GB ke atas
Sistem Operasi
Windows 10 64-bit Kemaskini Fall Creators

Bagi anda yang meminati permainan Final Fantasy XV, ini merupakan satu kemaskini terbesar bagi permainan tersebut dengan pelbagai kandungan yang bakal tiba secara bersama. Jangan lupa untuk menandakan kalendar anda pada 6 Mac ini untuk mendapatkan Final Fantasy XV: Royal Edition ini.

 

Leave a Reply