Pada November lepas, kami melaporkan bahawa permainan yang dilancarkan di Steam sudah melebihi 6000 permainan. Kini, setelah dua bulan sejak laporan tersebut, jumlah permainan yang telah dilancarkan di Steam sudah mencapai 7672 permainan sekaligus mempuratakan sebanyak 21 permainan dilancarkan setiap hari sepanjang 2017.

Menariknya juga, sejak Steam dilancarkan pada 2004 yang lepas, senarai permainan yang terdapat di Steam sudah menghampiri 19,000 permainan dan 40% daripada nilai tersebut merupakan permainan yang dilancarkan pada tahun 2017 sahaja.

Ini juga disebabkan sistem Steam Direct seperti yang dilaporkan oleh kami dimana pembangun diberi kemudahan untuk melancarkan permainan tanpa memerlukan sebarang proses pengesahan dengan hanya membayar $100 sekaligus ia memudahkan sebarang pelancaran permainan video di Steam.

Walaupun perningkatan permainan video yang dilancarkan di Steam bukanlah sesuatu yang negatif, namun dengan pelancaran jumlah permainan yang banyak juga akan memberi impak terhadap industri permainan video dengan pelbagai permainan yang terdapat di pasaran. Kesan ini juga akan membuat pasaran permainan video di Steam menjadi semakin tepu.

Namun dengan peningkatan jumlah pengguna Steam juga meningkat sehingga 18 juta, kita mungkin akan hadapi peningkatan yang lebih drastik bagi pelancaran permainan video buat tahun 2018 ini.

Sohor Kini