Menurut analisa Daniel Ahmad dari Niko Partners, beliau melaporkan bahawa sepanjang tahun 2017 ini, permainan yang dilancarkan di Steam sudah melebihi 6000 permainan sekaligus menghampiri nilai jumlah keseluruhan permainan yang dilancarkan antara tahun 2005 sehingga 2015.
A quick update to the number of games released on Steam chart.
This is as of early November. Year isn't over yet and there have already been more than 6,000 games released on Steam this year.
That's almost as many as the number of games released between 2005 and 2015. pic.twitter.com/RCIUJFprzG
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) November 9, 2017
Dengan pelancaran Steam Direct pada Jun lepas, ia merupakan salah satu faktor pelancaran permainan di Steam semakin meningkat dimana pembangun diberi kemudahan untuk melancarkan permainan tanpa memerlukan sebarang proses pengesahan dengan hanya membayar $100. Namun sistem ini juga memberi pelbagai keburukan bagi pengguna dimana kini Steam menjadi terlalu tepu dengan permainan-permainan yang dilancarkan tanpa sebarang pengesahan dan penapisan.
Walau bagaimana pun, artikel ini ditulis pada November 2017, dengan baki lagi dua bulan sebelum berakhirnya tahun 2017, kami di Aksiz percaya bahawa menjelang tahun hadapan, jumlah permainan yang bakal dilancarkan di Steam bakal melebihi 7000 permainan buat tahun 2017.
Pelancaran permainan bukanlah sesuatu yang buruk. Namun begitu, adakah Steam sekarang sudah semakin tepu dengan nilai dan jumlah permainan-permainan yang dilancarkan termasuklah permainan yang bagus mahupun tidak. Berikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.