Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan oleh SteamDB, Steam kini mencatatkan jumlah pengguna pada serentak pada sesuatu masa yang tertinggi pada 7 Januari 2017 yang lepas, dimana mereka mencatatkan angka tertinggi seramai 18 juta pemain serentak melalui platform berkenaan. Jumlah ini menunjukan peningkatan sebanyak 30% berbanding tarikh yang sama pada tahun lepas.
Pada hari yang sama juga, Steam juga mencatat 7 juta pengguna sedang bermain dan bukan sekadar log masuk ke Steam semata-mata sahaja. Dengan jumlah pengguna bermain Playerunkonwn’s Battleground (PUBG) sahaja yang mencapai angka 3 juta pemain, agak mudah untuk kira rumuskan antara penyebab peningkatan pengguna Steam adalah kerana PUBG.
Dengan peningkatan pengguna di Steam kami mengharapkan lebih banyak permainan dikeluarkan untuk PC berbanding untuk konsol PS4, Xbox One dan Switch sahaja.