Informasi Permainan Video Terkini
Twitch Kini Mendapat Hak Rasmi Untuk Menstrimkan Kejohanan Overwatch League

Twitch Kini Mendapat Hak Rasmi Untuk Menstrimkan Kejohanan Overwatch League

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Hari ini, Blizzard mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Twitch untuk menstrimkan segala kejohanan Overwatch League melalui laman penstriman Twitch. Perjanjian juga bernilai sekurangnya $90 juta dan Twitch akan mendapat hak rasmi untuk menstrimkan kejohanan tersebut sepanjang musim pertama dan musim kedua.

Overwatch League, iaitu kejohanan Overwatch terbesar yang akan berlangsung pada esok jam 8 pagi bagi minggu pertama boleh ditonton secara langsung melalui saluran rasmi Overwatch League Twitch. Twitch juga bertanggunjawab untuk menyiarkan acara tersebut secara langsung melalui tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Korea.

Sebanyak 12 pasukan akan bertarung yang mana terdiri daripada pemain seluruh dunia dan jumlah hadiah sehingga $3.5 juta. Liga tersebut akan bermula sepanjang tahun 2018 bermula Januari sehinggalah Julai ini.

Dengan pelancaran aplikasi khas buat Overwatch League semalam, tampaknya Blizzard sememangnya akan memudahkan lagi pemain untuk mengikuti perkembangan semasa kejohanan e-sukan tersebut.

Tambahan juga, bagi anda yang ingin memberi sokongan anda terhadap pemain-pemain e-sukan Overwatch League, anda juga berpeluang menyokong mereka dengan membeli sebilangan jersi kostum buat watak-watak di dalam Overwatch melalui permainan tersebut.

Overwatch adalah permainan yang dilancarkan pada tahun 2016 oleh Blizzard di Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan multi-pemain.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan Overwatch League yang bermula pada 8 pagi esok.