Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Kini Menawarkan Aplikasi Overwatch League Untuk Android Dan iOS

Blizzard Kini Menawarkan Aplikasi Overwatch League Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Overwatch merupakan salah satu permainan aksi tembak-menembak popular pada tahun lepas, dan aktif dimainkan ramai sehingga hari ini. Dengan populariti permainan berkenaan, Overwatch juga turut mempunyai sejumlah pasukan e-sukan yang memfokuskan kepada permainan Overwatch.

Kini, dalam usaha memudahkan para peminat mengikuti pelbagai perkembangan berkaitan Overwatch League, hari ini Blizzard telah memperkenalkan sebuah aplikasi rasmi untuknya bagi pengguna Android dan iOS.

Overwatch League

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengikuti perkembangan pasukan mereka, mengikuti skor-skor semasa, menonton video perlawanan daripada Overwatch League, serta tidak ketinggalan sebarang perlawanan penting lagi.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android atau iOS, boleh memuat-turun aplikasi Overwatch League ini hari ini.

Muat-Turun Overwatch League untuk Android

Muat-Turun Overwatch League untuk iPhone