Overwatch League merupakan liga e-sukan untuk permainan Overwatch yang dianjurkan oleh Blizzard iaitu pengeluar dan pembangun permainan Overwatch. Liga tersebut akan disertai oleh 12 pasukan dan ia akan berlangsung dari Januari sehingga Julai 2018.
Seperti liga sukan biasa, Overwatch League juga memperkenalkan kostum khas untuk setiap pasukan ataupun jika diambil dari konteks sukan, “jersi” seperti yang diumumkan oleh Blizzard Disember lepas. Kini, bermula hari ini semua pemain Overwatch berupaya untuk membeli kostum khas ini dengan membayar menggunakan token liga.
Token liga boleh dibeli menggunakan wang tunai dan harga adalah seperti berikut (harga adalah mengikut harga di PlayStation Store, Overwatch di PC akan mengunakan US Dolar sebagai matawang)
- 100 Token – RM20.50
- 200 Token – RM41.00
- 400 Token – RM 82.00
- 900 Token – RM164.00
- 2600 Token – RM410.00
Anda memerlukan 100 token untuk mendapatkan 1 kostum khas ini. Jika anda ingin membeli kesemua kostum dari satu pasukan kegemaran anda jumlah token yang diperlukan adalah 2600 ataupun RM410.00.
Selain itu, jika anda membuka akaun Overwatch anda bermula sekarang hingga 13 Febuari anda akan diberikan 100 token secara percuma yang boleh ditukar kepada satu kostum pilihan anda.
Kostum khas ini tidak akan disertakan melalui kandungan kotak tikam seperti kostum Overwatch yang lain, sekurangnya untuk buat masa sekarang. Apakah pasukan kegemaran anda dan sudahkah anda mendapatkan kostum khas ini?