Enterbrain, iaitu syarikat penerbit majalah terkenal Famitsu di Jepun, Hirokazu Hamamura, presiden syarikat tersebut menyatakan bahawa permainan Monster Hunter: World mungkin akan mencapai hasil jualan melebihi 10 juta salinan seluruh dunia.

Hirokazu Hamamura merupakan salah seorang veteran di dalam industri permainan video, memberi kenyataan tersebut apabila ditemubual bersama laman Mantan Web. Menurut beliau, pasaran buat konsol permainan sememangnya semakin meningkat beberapa tahun ini dimana sebelum ini Nintendo tidak dijangka untuk menjual konsol terbaru mereka, Switch dengan baik namun ia berjaya secara komersial di seluruh dunia. Termasuklah juga konsol Playstation 4 dengan jumlah jualan sangat baik sekali disebabkan permainan seperti Final Fantasy XV dan Dragon Quest XI.

Hirokazu Hamamura juga menyatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh pihak Square-Enix bahawa permainan Final Fantasy XV kini telah terjual sebanyak 7 juta salinan. Dimana pada November lepas, permainan tersebut terjual pada 6.5 juta salinan. Ini merupakan kejayaan yang besar bagi industri permainan video menurut beliau.

Selain daripada permainan penembak pandang pertama yang terjual dengan baik sekali di seluruh dunia, beliau juga menyatakan pemain sekarang juga meminati permainan-permainan yang dikeluarkan di Jepun seperti permainan NieR: Automata dan Persona 5 yang dijual dengan sangat baik di pasaran seluruh dunia.

Beliau menambahkan juga berkenaan permainan Monster Hunter: World yang mana ia bakal tiba penghujung bulan ini dengan menyatakan permainan tersebut berpeluang untuk terjual sebanyak 10 juta salinan untuk jangka masa yang panjang terutamanya apabila versi PC yang bakal dilancarkan pada musim luruh ini. Menurut beliau, jangka hayat sesebuah permainan bukanlah terletak kepada jumlah jualan permainan yang terjual ketika dilancarkan tetapi terletak kepada hasil jualan permainan buat jangka masa yang lama dengan mengurangkan harga permainan secara berperingkat.

Dengan maklum balas positif yang diterima oleh peminat berkenaan beta terbuka permainan Monster Hunter: World baru-baru ini, beliau percaya permainan tersebut akan menjadi sangat terkenal. Tambahan juga, Capcom juga menyatakan bahawa hasil pra-tempahan permainan tersebut berada di luar jangkaan mereka sekaligus permainan ini juga akan meningkatkan lagi jualan konsol Playstation 4.

Kami di Aksiz juga percaya bahawa permainan Monster Hunter: World akan terjual dengan baik sekali dengan bentuk permainannya yang menarik bersama fungsi-fungsi multi-pemain yang akan membuat pemain kembali bermain permainan tersebut buat jangka masa yang lama. Tambahan dengan pengumuman penerbit permainan tersebut, Ryozo Tsujimoto yang mana mereka akan melancarkan kemaskini terbaru buat permainan secara percuma, kami percaya Monster Hunter: World akan menjadi satu fenomena permainan video yang menakjubkan buat tahun 2018 ini.

Sohor Kini