Dengan pengumuman permainan pernambah-baikkan Devil May Cry oleh Capcom baru-baru ini, tampaknya Capcom tidak akan berhenti disitu sahaja. Kini, sebuah syarikat pembangunan permainan di China, Yunchang Game berupaya untuk memiliki harta intelek siri permainan Devil May Cry untuk membangunkan permainan tersebut khas di peranti telefon pintar.
Permua tersebut akan bertajuk sebagai Devil May Cry Pinnacle of Combat, permua tersebut akan memfokuskan bentuk pertempuran secara aksi dan Yunchang Game juga menyatakan ia akan mempunyai mod atas-talian dan pertempuran secara berpasukan.
Namun buat masa sekarang, Yunchang Game dan Capcom dan berkongsi sebarang informasi tambahan berkenaan permainan tersebut, dan berdasarkan imej yang dipaparkan, tampaknya permainan tersebut akan menyertakan jangka masa ketika Devil May Cry 3: Dante’s Awakening dan keupayaan untuk menggunakan watak Vergil.
Ketika artiket ini ditulis, Yunchang Game menyatakan permainan ini hanyalah akan tiba di pasaran China dan melalui peranti telefon pintar sahaja.