Informasi Permainan Video Terkini
Poster Dan Video Acah Baru Titans Diperlihatkan – Hadir Ke Netflix Pada 11 Januari Ini
Artikel Berkaitan

Poster Dan Video Acah Baru Titans Diperlihatkan – Hadir Ke Netflix Pada 11 Januari Ini

Diterbitkan pada Dis 29, 2018 oleh .

Pada bulan Oktober yang lalu, telah kami laporkan di mana siri televisyen DC Titans tidak lagi terhad pada platform DC Universe dan akan hadir ke Netflix. Titans mengisahkan Robin, Starfire, Beast Boy dan Raven. Ya, ini adalah nama watak-watak dari Teen Titans. Cuma yang tiada dalam siri ini adalah Cyborg dan nama Beast Boy dalam siri ini adalah Gar, iaitu nama sebenar beliau.

Pada waktu itu, kita hanya lihat video acah dengan tera air Netflix sahaja tetapi tiada tarikh rasmi. Kini, Netflix telah memperlihatkan lagi video acah berserta dengan poster untuk tayangan Netflix secara global. Tarikh telah disahkan adalah pada 11 Januari 2019. Ini bermakna, lebih kurang dua minggu sahaja lagi peminat-peminat DC boleh saksikan siri ini di Netflix dan tidak lagi perlukan VPN Amerika Syarikat untuk saksikan pada platform DC Universe.

Selepas video acah episod akhir Titans yang memperlihatkan Batman sebagai watak jahat, adakah anda ingin saksikan siri ini? Jika ya, mari sama-sama kita nantikan dan tonton di Netflix pada 11 Januari 2019 kelak.


TIPS & ULASAN