Informasi Permainan Video Terkini
Siri Titans Kini Tidak Lagi Terhad Di DC Universe – Akan Hadir Secara Global Di Netflix
Artikel Berkaitan

Siri Titans Kini Tidak Lagi Terhad Di DC Universe – Akan Hadir Secara Global Di Netflix

Diterbitkan pada Okt 2, 2018 oleh .

Titans adalah salah satu siri dalam DCEU yang garis masanya sama dengan dunia Batman (versi Ben Affleck). Sewaktu ia diumumkan, siri ini hanya terhad buat pengguna DC Universe iaitu platform penstriman DC yang hanya boleh digunakan di Amerika Syarikat.

Kini, siri Titans ini turut akan ditawarkan secara global dan ia dibawakan oleh Netflix. Tiada lagi tarikh diumumkan, tetapi ia mungkin hadir pada masa yang lebih kurang sama dengan tarikh penstriman DC Universe iaitu 12 Oktober kelak.

Bagi yang tidak tahu apa itu Titans, ia secara asasnya adalah sekumpulan adiwara yang diketuai oleh Robin. Robin yang dilakonkan oleh Brenton Thwaites yang sebelum ini adalah anak didik kepada Batman berpaling kepada beliau dan memulakan sendiri kumpulan adiwira baru terdiri daripada Starfire, Raven dan Beast Boy.


TIPS & ULASAN