Call of Duty adalah permainan perang daripada Activision. Ia popular di platform PC, Playstation 4 dan Xbox One. Kini dengan trend permainan video konsol atau PC dijadikan sebagai permua seperti PUBG dan Fortnite, Activision dilihat turut ingin ikuti trend ini dengan memperkenalkan permua Call of Duty.
Pada mulanya, kita kedengaran permua Call of Duty akan dihasilkan oleh King iaitu pembangun permua Candy Crush. King adalah sebahagian daripada Activison dan Activision telah pun berkerjasam dengan Tencent untuk hasilkan permua Call of Duty di China. Malah, di China permua ini sudah pun boleh dimainkan. Cuma hari ini, ia hadir dalam versi bahasa Inggeris (global) dalam bentuk beta. Sayang sekali, permua ini hanya boleh dimuat turun melalui Google Play Store di Australia.
Call of Duty: Legends of War adalah permua tersebut dan permua ini turut mempunyai persamaan dalam dunia Call of Duty yang asal. Format permainan adalah pandang pertama dan turut mempunyai pilihan multi-pemain. Antara mod permainan ini adalah Free4All, Search & Destroy, Team Deathmatch dan Frontline. Mod zombie yang sedia popular turut disertakan dalam permua ini. Peta yang hadir dalam permua ini pula adalah; Nuketown, Killhouse, Hijacked, Crossfire, Standoff dan Crash.
Jika anda ingin mencuba bermain permua ini, permua ini memang percuma untuk dimainkan jadi – pengguna di Reddit telah kongsikan fail APK dan OBB buat permua ini. Berikut adalah cara memasang permua ini;
[warning] Akaun Facebook tidak boleh diselarikan kerana permua ini tidak terdapat di Malaysia, main dengan akaun tetamu sahaja! [/warning]- Muat Turun: APK Call of Duty: Legends of War di APKMirror
2. Pasang dan buka permua ini.
3. Pergi ke halaman utama pelancar, force stop permua ini di tetapan.
4. Muat Turun: OBB Call of Duty: Legends of War di APKMirror
5. Extract fail OBB dan pindahkan kandungannya di /Android/obb/com.activision.callofduty.shooter.
6. Mulakan bermain dengan asyik.