Call of Duty adalah permainan pandang pertama bertemakan perang yang sangat terkenal di kalangan pemain konsol. Antara siri terbaru dari Activision adalah Call of Duty: Black Ops 4, yang bakal hadir tidak lama lagi. Disebabkan populariti permainan ini, Activision bekerjasama dengan Tencent untuk hasilkan Call of Duty versi permua.
Menurut Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Call of Duty, Rob Kostich – mereka akan bekerjasama dengan Timi, iaitu studio terbaik Tencent dalam pembangunan permua. Permua Call of Duty ini akan memasukkan koleksi watak-watak, peta, mod permainan dan juga senjata sepanjang 18 tahun permainan ini.
Walau bagaimanapun, permua ini hanya akan dilancarkan di China sahaja. Tiada maklumat lanjut mengenai pelancaran secara global. Tetapi seperti permua ini mungkin akan diperlakukan seperti PUBG Mobileyang mana pada awalnya Tencent hanya lancarkan untuk China, namun selepas beberapa bulan ia hadir secara global. Seperti biasa, kami akan kongsikannya jika terdapat sebarang pengumuman kelak.