Informasi Permainan Video Terkini
King Sedang Membangunkan Permua Baru Berdasarkan Siri Permainan Call of Duty

King Sedang Membangunkan Permua Baru Berdasarkan Siri Permainan Call of Duty

Diterbitkan pada Mei 16, 2018 oleh .

Beberapa permua berdasarkan siri permainan Call of Duty sudah dikeluarkan seperti Call of Duty Heroes dan Call of Duty: Black Ops Zombie. Melalui penyenaraian di laman rasmi King iaitu pengeluar permua seperti Candy Crush Saga mengatakan mereka kini sedang membangunkan permua terbaru berdasarkan Call of Duty.

Berdasarkan penterjemahan oleh Game Informer, King akan menghasilkan permua yang membawa pengalaman baru. Cara yang digunakan adalah segar, sosial dan mudah untuk dimainkan pada masa sama memberikan pengalaman bermain yang tulen.

Semenjak tahun 2015, King merupakan anak syarikat kepada Activision Blizzard iaitu pengeluar untuk siri permainan Call of Duty jadi kami tidak terkejut King yang diberi tugasan untuk menghasilkan permua terbaru bagi siri permainan tersebut.


TIPS & ULASAN