Setelah hampir dua bulan sejak pelancaran permainan Red Dead Redemption 2 pada Oktober lepas, permainan tersebut telahpun mencapai pelbagai kejayaan seperti anugerah permainan dan juga jualan melebihi 17 juta salinan. Tambahan itu, Rockstar Games juga telah pun melancarkan mod atas-talian buat permainan tersebut yang dipanggil Red Dead Online.
Kami sendiri di Aksiz juga sangat menyukai permainan tersebut dan telahpun mengulasnya dimana anda boleh menonton atau membaca ulasan kami bagi Red Dead Redemption 2 dibawah.
Ulasan Red Dead Redemption 2 – Permainan Simulasi Koboi Yang Epik Dengan Pelbagai Kandungan
Namun terkini, melalui laporan PushSquare, seorang pengguna Youtube bernama Elemeno Peah memuat-naik satu video yang mana menunjukkan pepijat buat permainan Red Dead Redemption 2 yang agak mencurigakan.
https://www.youtube.com/watch?v=4EfliYeqm_8
[warning] Sekali lagi kami ingin memberi amaran berkenaan pembeberan bagi anda yang tidak menghabiskan lagi permainan Red Dead Redemption pertama dan Red Dead Redemption 2. [/warning]Melalui video di atas, bagi anda yang telah pun menghabiskan permainan Red Dead Redemption 2, anda akan mengawal watak John Marston sebagai watak utama permainan tersebut.
Peliknya adalah video di atas memaparkan pepijat permainan dimana suara bagi watak John Marston tersebut adalah suara menyerupai watak Jack Marston, iaitu anak kepada John Marston dalam keadaan suara remaja.
Sememangnya watak Jack Marston ketika di dalam Red Dead Redemption 2 masih lagi seorang kanak-kanak. Namun, jika anda bermain Red Dead Redemption yang pertama, anda pasti akan mengetahui bahawa watak Jack merupakan watak yang pemain gunakan selepas John Marston.
Namun sememangnya ini hanyalah spekulasi ataupun ura-ura sahaja. Tambahan itu, pepijat tersebut mungkin juga hanyalah masalah teknikal dari segi suara sahaja. Tetapi, dengan adanya peta kawasan dari permainan pertama Red Dead Redemption di dalam Red Dead Redemption 2, ianya juga tidak mustahil untuk Rockstar Games membawa kembali permainan pertama sebagai olahan semula buatnya sebagai DLC ataupun permainan kendiri.
Sama-sama kita nantikan jika terdapat sebarang pengumuman lanjut daripada Rockstar Games pada masa akan datang.