Rockstar sebelum ini mengumumkan yang Red Dead Redemption 2(RDR2) mencatat pendapatan sebanyak RM3 bilion dalam masa tiga hari selepas dikeluarkan iaitu tertinggi bagi industri hiburan. Hari ini, melalui laporan kewangan untuk suku kedua bagi Take-Two Interactive, mereka mengatakan selepas 2 minggu dikeluarkan, RDR2 telah terjual melebihi 17 juta unit setakat ini.
Pencapaian tersebut telah memecahkan pelbagai rekod antaranya adalah jumlah penjualan untuk permainan tersebut dalam masa 8 hari melebihi jumlah penjualan untuk Red Dead Redemption selepas 8 tahun.
Selain itu ia juga merupakan permainan yang paling banyak di pra-tempah di Playstation Network(PSN) dan juga merupakan permainan paling banyak terjual untuk hari pertama serta selepas tiga hari dikeluarkan di PSN.
Walaupun ini adalah satu kejayaan yang baik untuk Rockstar akan tetapi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum dikeluarkan lagi ia sudah digelar sebagai permainan terbesar tahun ini.
Red Dead Redemption 2 sudah dikeluarkan pada 26 Oktober untuk Playstation 4 dan Xbox One.