Skip to main content

The Game Awards 2018 bakal berlangsung pada 7 Disember ini. Seperti biasa, selain mengumumkan pemenang untuk setiap anugerah, acara ini juga akan memperlihatkan trailer permainan yang baharu serta permainan yang sudah diumumkan.

Geoff Keighley iaitu penerbit dan pengacara untuk acara tersebut, melalui kuciran di akaun Twitter beliau, mengumumkan yang The Game Awards 2018 akan mengumumkan 10 permainan baharu selain berkongsi maklumat untuk permainan yang sudah diumumkan sebelum ini. Kemungkinan salah satunya adalah Alien: Blackout.

Selepas The Game Awards 2017 tahun lepas, Geoff Keighley mengatakan The Game Awards seterusnya akan lebih memfokuskan kepada anugerah berbanding pengumuman permainan. Dengan pengumuman ini, tampaknya ia tidak lah berkurang dengan mendadak.

The Game Awards 2018 akan berlangsung pada 9.30 pagi, 7 Disember 2018. Kami akan mengadakan strim langsung semasa acara ini, nantikan pengumuman lanjut nanti.

Leave a Reply