Seperti yang diumumkan pada bulan Jun lepas, The Game Awards 2018 yang merupakan rancangan anugerah utama untuk permainan video bakal berlangsung pada 6 Disember 2018.

Hari ini, mereka berkongsi senarai pencalonan untuk anugerah yang dipertandingkan. Pilihan pemenang adalah berdasarkan undian oleh orang ramai, dan setiap orang dapat mengundi sekali setiap 24 jam. Berikut adalah senarai anugerah bersama dengan pencalonan serta jangkaan kami yang akan memenangi setiap anugerah tersebut.

Permainan Terbaik Tahun Ini

  • Assassin’s Creed Odyssey
  • Celeste
  • God of War
  • Marvel’s Spider-Man
  • Monster Hunter World
  • Red Dead Redemption 2

Jangkaan: Tahun ini terdapat banyak permainan yang layak untuk memenangi anugerah ini. Secara peribadi, saya inginkan Celeste untuk memenanginya kerana ia adalah permainan yang sangat unik dan menarik. Namun, ia adalah amat sukar untuk bersaing dengan permainan AAA. Oleh disebabkan itu, saya menjangkakan Red Dead Redemption 2 akan memenanginya. Ia bukan sahaja permainan dengan penjualan terbaik, ia juga dikeluarkan untuk dua konsol utama iaitu PS4 dan Xbox One. Pesaing terdekat sudah semestinya God of War.

Permainan Berterusan Terbaik

  • Destiny 2: Forsaken
  • Fortnite
  • No Man’s Sky
  • Overwatch
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Siege

Jangkaan: Walaupun Overwatch yang merupakan pemenang untuk tahun lepas sekali lagi tersenarai, namun saya rasa tiada permainan yang tersenarai dapat menandingi populariti Fortnite.

Permainan Dengan Arahan Terbaik

  • A Way Out
  • Detroit: Become Human
  • God of War
  • Marvel’s Spider-Man
  • Red Dead Redemption 2

Jangkaan: Kami inginkan God of War untuk memenangi anugerah ini, dan merasakan ia lebih layak berbanding permainan lain yang dicalonkan. Namun, seperti anugerah permainan terbaik, Red Dead Redemption 2 akan menerima lebih banyak undian.

Permainan Naratif Terbaik

  • Detroit: Become Human
  • God of War
  • Life is Strange 2: Episode 1
  • Marvel’s Spider-Man
  • Red Dead Redemption 2

Jangkaan: Jika berdasarkan penceritaan, God of War juga mempunyai jalan cerita yang sangat mendalam. Red Dead Redemption 2 juga mempunyai penceritaan yang kuat. Bagi saya, anugerah ini layak untuk dimenangi oleh antara dua permainan tersebut akan tetapi jika berdasarkan undian, Red Dead Redemption 2 akan mendahului.

Permainan Arahan Seni Terbaik

  • Assassin’s Creed Odyssey
  • God of War
  • Octopath Traveler
  • Red Dead Redemption 2
  • Return of the Obra Dinn

Jangkaan: Seperti yang saya perkatakan setiap kali Red Dead Redemption 2 tercalon, dari segi undian permainan ini mungkin akan mendahului. Namun, dari segi arahan seni saya berpendapat God of War lebih layak untuk memenanginya dan mungkin bagi anugerah ini God of War dapat mendahului Red Dead Redemption 2.

Muzik Permainan Terbaik

  • Celeste
  • God of War
  • Marvel’s Spider-Man
  • Ni No Kuni II: Revenant Kingdom
  • Octopath Traveler
  • Red Dead Redemption 2

Jangkaan: Bagi saya permainan dengan muzik terbaik adalah Octopath Traveler. Adakah ia dapat menandingi populariti Red Dead Redemption 2 dan God of War? Mungkin, sekurang-kurangnya untuk kategori ini.

Rekaan Audio Terbaik

  • Call of Duty: Black Ops 4
  • Forza Horizon 4
  • God of War
  • Marvel’s Spider-Man
  • Red Dead Redemption 2

Jangkaan: Dari segi rekaan, saya berpendapat permainan seperti Call of Duty yang lebih mementingkan bahagian ini. Oleh disebabkan itu, saya menjangkakan permainan tersebut lebih layak dan akan memenangi anugerah ini.

Persembahan Terbaik

  • Bryan Dechart (Connor, Detroit: Become Human)
  • Christopher Judge (Kratos, God of War)
  • Melissanthi Mahut (Kassandra, Assassin’s Creed Odyssey)
  • Roger Clark (Arthur Morgan, Red Dead Redemption 2)
  • Yuri Lowenthal (Peter Parker, Marvel’s Spider-Man)

Jangkaan: Bagi saya, sesiapa pun yang memenangi anugerah ini adalah layak untuk memenanginya. Namun, oleh kerana satu sahaja pemenang, “BOY!” mungkin mempunyai impak yang lebih besar.

Permainan Yang Memberi Impak

  • 11-11 Memories Retold
  • Celeste
  • Florence
  • Life is Strange 2: Episod 1
  • The Missing: JJ Macfield and the Island of Memories

Jangkaan: Saya tidak berkesempatan untuk mencuba 11-11 Memories Retold, namun jika berdasarkan permainan yang memberik impak saya boleh katakan The Missing amat layak untuk memenanginya. Namun, berdasarkan populariti, Celeste akan memenanginya dan ia juga mempunyai satu cerita yang mendalam.

Permainan Indie Terbaik

  • Celeste
  • Dead Cells
  • Into the Breach
  • Return of the Obra Dinn
  • The Messenger

Jangkaan: Celeste yang turut tersenarai di dalam anugerah permainan terbaik, saya sangat yakin yang Celeste akan memenangi anugerah ini dan permainan tersebut sudah semestinya sangat layak.

Permainan Mudah Alih Terbaik

  • Donut County
  • Florence
  • Fortnite
  • PUBG Mobile
  • Reigns: Game of Thrones

Jangkaan: Anugerah ini boleh dikatakan two-horse race di antara Fortnite dan PUBG Mobile. Walaupun saya berpendapat PUBG Mobile lebih baik berbanding Fornite sebagai permainan mudah alih akan tetapi Fortnite mendahului dari segi populariti.

Permainan Realiti-Maya Terbaik

  • ASTRO BOT Rescue Mission
  • Beat Saber
  • Firewall Zero Hour
  • Moss
  • Tetris Effect

Jangkaan: Saya tidak berpengalaman untuk berkongsi mengenai permainan realiti-maya, namun, sebelum ini kami ada mengeluarkan ulasan ASTRO Bot dan ia adalah permainan terbaik untuk realiti-maya setakat ini. Oleh disebabkan itu, kami merasakan ia akan mendahului permainan lain.

Permainan Aksi Terbaik

  • Call of Duty: Black Ops 4
  • Dead Cells
  • Destiny 2: Forsaken
  • Far Cry 5
  • Mega Man 11

Jangkaan: Berbanding permainan lain, Call of Duty merupakan permainan yang baru saja dikeluarkan dan mempunyai jumlah pemain yang lebih besar. Jadi, Call of Duty akan memenangi untuk anugerah ini.

Permainan Aksi/Pengembaraan Terbaik

  • Assassin’s Creed Odyssey
  • God of War
  • Marvel’s Spider-Man
  • Red Dead Redemption 2
  • Shadow of the Tomb Raider

Jangkaan: Sebagai permainan yang akan memenangi permainan terbaik tahun ini, Red Dead Redemption 2 juga akan memenangi anugerah ini. Walaupun saya merasakan God of War lebih berhak.

Permainan RPG Terbaik

  • Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age
  • Monster Hunter: World
  • Ni no Kuni II: Revenant Kingdom
  • Octopath Traveler
  • Pillars of Eternity II: Deadfire

Jangkaan: Dragon Quest XI bagi kami merupkan antara permainan terbaik tahun ini, walaupun tidak tersenarai di dalam permainan terbaik namun untuk kategori ini saya menjangkakan permainan tersebut akan menang dengna mudah. Namun, Octopath Traveler mungkin membuat kejutan.

Permainan Perlawanan Terbaik

  • BlazBlue: Cross Tag Battle
  • DragonBall FigtherZ
  • Soul Calibur VI
  • Street Fighter V Arcade

Jangkaan: Dragonball FighterZ merupakan permainan pertempuran yang lebih mesra pemain walaupun yang tidak berpengalaman dalam permainan perlawanan menjadikan ia popular di kalangan pemain. Oleh disebabkan itu saya merasakan permainan tersebut akan memenangi anugerah ini.

Permainan Keluarga Terbaik

  • Mario Tennis Aces
  • Nintendo Labo
  • Overcooked 2
  • Starlink: Battle of Atlas
  • Super Mario Party

Jangkaan: Anugerah ini bagaikan di adakan khas untuk Nintendo ataupun Switch secara khususnya. Super Mario Party meruapakan permainan yang sangat popular di dalam kategori ini, dan saya menjangkakan ia akan memenanginya.

Permainan Strategi Terbaik

  • The Banner Saga 3
  • BATTLETECH
  • Frostpunk
  • Into the Breach
  • Valkyria Chronicles 4

Jangkaan: Strategi adalah permainan yang sangat khusus untuk golongan pemain tertentu, Frostpunk merupakan antara permainan yang sangat digemari dan popular tahun ini. Oleh disebabkan itu, saya menjangkakan Frostpunk akan memenangi kategori ini.

Permainan Sukan/Lumba Terbaik

  • FIFA 19
  • Forza Horizon 4
  • Mario Tennis Aces
  • NBA 2K19
  • PRO Evolution Soccer 2019

Jangkaan: Tahun lepas anugerah ini dimenangi oleh Forza Motosports 7 dan saya menjangkakan Forza Horizon 4 akan terus mengungguli kategori ini akan tetapi akan diikut rapat oleh FIFA 19.

Permainan Multi-Pemain Terbaik

  • Call of Duty: Black Ops 4
  • Destiny 2: Forsaken
  • Fortnite
  • Monster Hunter: World
  • Sea of Thieves

Jangkaan: Apabila bercakap mengenai permainan multi-pemain, sudah semestinya ia mempunyai pemain yang ramai. Di dalam senarai ini, saya berpendapat Call of Duty: Black Ops 4 dan Fortnite mempunyai jumlah pemain yang lebih ramai berbanding permainan-permainan lain. Jika dibandingkan dua permainan tersebut, saya merasakan Fortnite akan mendahului berbanding Call of Duty.

Terdapat beberapa lagi kategori lain yang dipertandingkan, namun di atas adalah bagi kami kategori yang penting. Untuk senarai penuh anda boleh layari laman rasmi The Game Awards 2018.


Di atas merupakan jangkaan yang saya, namun, disebabkan anugerah ini menggunakan sistem undian orang ramai, mana-mana permainan berpeluang untuk memenanginya.

Bagaimana  dengan anda? Permainan apa yang anda akan undi untuk memenangi setiap kategori tersebut?

Undi: The Game Awards 2018

Sohor Kini