Skip to main content

20th Century Fox hari ini dilaporkan memfailkan trademark bagi Alien: Blackout di bawah kategori 9 dan 41 yang merupakan khas untuk permainan video.

Permainan terbaru tersebut dikatakan akan diperlihatkan buat pertama kali ketika acara The Game Awards akan berlangsung pada 7 Disember 2018 nanti. Ini adalah selepas Geoff Keighley iaitu penerbit The Game Awards sebelum ini memperacah gambar “Worlds Will Change” dan ramai yang mengatakan logo W adalah berdasarkan syarikat Weyland-Yutani Corporation di dalam siri Alien.

Selain itu, Hideo Kojima juga berkongsi gambar semasa lawatan beliau ke studio 20th Century Fox memperlihatkan beberapa barangan Alien. Akaun twitter The Game Awards kemudiannya membalas kuciran tersebut dengan perkataan yang sama seperti sebelum ini iaitu “World Will Change”

Permainan terakhir untuk siri ini adalah Alien: Isolation yang dikeluarkan pada tahun 2014 ia merupakan permainan ketahanan hidup seram.

Leave a Reply