Informasi Permainan Video Terkini
Atlus Mempertontonkan Video Acah Ketiga Buat Permainan Video Catherine: Full Body
Artikel Berkaitan

Atlus Mempertontonkan Video Acah Ketiga Buat Permainan Video Catherine: Full Body

Diterbitkan pada November 2, 2018 oleh .

Catherine: Full Body adalah permainan video platformer teka teki, yang dilancarkan pada tahun 2011 untuk PS3 dan Xbox 360. Kemudian pada tahun 2017 – pembangun mereka Atlus, mengumumkan versi PS4 dan PS Vita. Kemudian, Atlus mengatakan versi 2018 akan hadir dengan pelbagai kandungan baru dan penambahbaikan dari versi asal.

Hari ini, Atlus telah mempertontonkan video acah ketiga buat permainan ini.

Melalui video acah ini, ia memperlihatkan tambahan istimewa ‘Nero Glasses’ yang boleh mengubah pakaian watak kepada pakaian watak yang lebih menjolok mata. Kemudian, turut diperlihatkan adalah video bentuk permainan awal buat mereka yang menempah awal permainan ini.

Permainan ini akan dilancarkan di Jepun pada 14 Februari 2019. Jika pemain risau akan kesukaran untuk melengkapkan permainan ini, terdapat juga mod ‘safety’ yang diperkenalkan agar mudah untuk bermain.


TIPS & ULASAN