Informasi Permainan Video Terkini
Catherine: Full Body Diumumkan Bakal Tiba Di Playstation 4 dan Playstation Vita

Catherine: Full Body Diumumkan Bakal Tiba Di Playstation 4 dan Playstation Vita

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

Catherine merupakan permainan yang asalnya dilancarkan di Playstation 3 dan Xbox 360 pada 2011. Ia merupakan permainan platformer teka teki yang memfokuskan watak Vincent yang curang dengan tunangnya. Kini, Atlus akhirnya mengumumkan permainan terbaru Catherine: Full Body iaitu ia merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan Catherine yang dilancarkan pada 2011 lepas.

Catherine: Full Body akan menyertakan “Catherine ketiga” dimana ia akan mempunyai tema yang berbeza. Tambahan pula, Atlus juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan menyertakan kandungan tambahan seperti adegan-adegan baru berbanding permainan asalnya.

Ketika artikel ini ditulis, Atlus tidak memberi sebarang informasi tambahan berkenaan permainan tersebut. Namun, Atlus akan mengadakan acara langsung khas berkenaan permainan ini pada 22 Disember ini di Nico Nico Atlus, dimana mereka menjanjikan pelbagai kandungan dan pengumuman berkenaan permainan tersebut akan dipertontonkan.