Hari ini Atlus akhirnya mempertontonkan trailer terbaru buat permainan Catherine: Full Body dimana Atlus mengumumkan permainan tersebut pada awal minggu ini.
Catherine: Full Body merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan asalnya yang dilancarkan di Playstation 3 dan Xbox 360 pada 2011 lepas. Kini ia bakal tiba di konsol Playstation 4 dan Playstation Vita. Menurut Atlus, permainan ini akan dilancarkan pada musim sejuk 2018. Namun buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum lagi dikongsi oleh Atlus.
Catherine: Full Body akan menyertakan “Cathrerine” ketiga dengan nama Rin, yang mana kini akan mengubah keseluruhan permainan tersebut. Atlus juga akan menyertakan sebilangan kandungan baru termasuklah adegan baru bersama pelbagai perubahan dari segi bentuk permainan bagi teka-teki permainan tersebut. Tambahan juga, Atlus juga menyatakan bahawa mereka akan menyertakan kandungan multi-pemain secara atas-talian buat mod Colosseum permainan tersebut.
If the love triangle with Catherine and Katherine wasn't enough, imagine when new character Rin enters Vincent's love life. Catherine: Full Body has been confirmed for the West! Check out the teaser site at https://t.co/C103xhUnnS pic.twitter.com/9spDJGG3nT
— Atlus U.S.A., Inc. (@AtlusUSA) December 22, 2017
Atlus juga mengumumkan bahawa permainan tersebut akan dilancarkan secara global. Walaubagaiman pun, tarikh pelancaran bagi edisi global masih belum dikongsikan oleh Atlus. Seperti permainan-permainan yang dilancarkan oleh Atlus sebelum ini, kami pasti ia akan tiba 2-3 bulan selepas ia dilancarkan di pasaran Jepun.