Catherine: Full Body merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan asalnya yang dilancarkan di Playstation 3 dan Xbox 360 pada 2011 lepas.

Selain menyertakan Catherine ketiga dengan nama Rin dan juga sebilangan kandungan baharu, melalui laman rasmi permainan ini, Atlus juga mengumumkan permainan tersebut akan menyertakan tahap kesukaran baharu iaitu Safety.

Di permainan asal, ia mempunyai tiga tahap iaitu Easy, Normal dan Hard. Manakala Safety merupakan tahap yang lebih rendah daripada Easy. Melalui tahap Safety, semasa menyelesaikan tekaria, tahap masa tidak akan disertakan. Perangkap juga tida disertakan dan jika pemain tidak mahu melakukan tekaria tersebut, mereka juga boleh melangkauinya.

Ini menjadikan pemain tidak akan gagal di dalam permainan ini. Buat masa ini hanya tarikh pengeluaran di Jepun iaitu 14 Februari 2019 untuk PS4 dan PS Vita di sahkan, manakala untuk pasaran global akan tiba pada tahun sama tetapi tiada tarikh tetap diumumkan.

Sohor Kini