Banyak perkara menarik yang telah Nintendo umumkan sempena Nintendo Direct yang berlangsung semalam. Sempena dengan Nintendo Direct ini, konsol Nintendo Switch edisi Super Smash Bros. Ultimate turut diumumkan.
Konsol ini hadir dengan rekaan pelbagai watak dalam permainan tersebut berserta Joy Con dengan logo Super Smash Bros. Ultimate. Di dalam set ini turut terdapat permainan Super Smash Bros. Ultimate itu sendiri – tetapi sayang sekali ia bukanlah set fizikal tetapi kod untuk muat turun versi digital diberikan. Walaupun begitu, permainan Super Smash Bros. Ultimate hanya boleh dimainkan apabila ianya dilancarkan iaitu pada 7 Disember kelak.
Sebelum ini, Super Smash Bros. Ultimate hadir dengan berkas bersama bekas besi dan edisi terhad alat kawalan Gamecube. Tidak lupa juga, alat kawalan Nintendo Switch Pro Controller edisi Super Smash Bros. Ultimate.
Selain itu, watak Isabelle dari ‘Animal Crossing‘ turut akan hadir dalam permainan ini dan pemain boleh menggunakan Isabelle untuk bermain. Sebelum ini, Isabelle hanya muncul sebagai watak ‘assist trophy‘ dalam Super Smash Bros. untuk Wii U/3DS.
Konsol Nintendo Switch edisi khas ini akan hadir pada 2 November kelak, manakala watak Isabelle dari Animal Crossing ini pula akan hadir pada bulan Disember akan datang apabila permainan tersebut dilancarkan iaitu pada 7 Disember ini.