Sebelum ini, Nintendo berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan Super Smash Bros. Ultimate yang mana mereka mengumumkan watak baru seperti Simon Belmont bersama-sama mod permainan.
Kini, Nintendo UK dan Nintendo Eropah berkongsi sebilangan edisi terhad yang bakal tiba buat permainan tersebut.
Pre-order Super #SmashBros Ultimate at the #NintendoOfficialUKStore and you’ll receive this fetching Steelbook along with it, complete with stylish Battlefield interior.
🛒https://t.co/TgkB4Qc44G pic.twitter.com/afS9jUB740
— Nintendo UK (@NintendoUK) August 14, 2018
Melalui pasaran UK, Nintendo tampaknya akan melancarkan permainan tersebut bersama dengan edisi bekas besi khas rekaan Super Smash Bros. Ultimate dimana ianya akan dijual dengan harga £59.99(~RM313).
Releasing alongside the regular edition on 07/12, Super #SmashBros Ultimate – Limited Edition contains a copy of the game, a Nintendo GameCube Controller Super Smash Bros. edition and a Nintendo GameCube Controller adapter! pic.twitter.com/ltNavLsbtD
— Nintendo of Europe (@NintendoEurope) August 8, 2018
Satu lagi edisi terhad yang diumumkan adalah berkas bersama alat kawalan Gamecube dan juga penyesuai alat kawalan tersebut. Ini merupakan satu berkas yang menarik memandangkan siri permainan Super Smash Bros. sangat terkenal dengan dimainkan dengan alat kawalan tersebut. Namun, Nintendo tidak mengumumkan sebarang harga buat berkas ini dan ianya buat masa ini hanya akan tiba di pasaran Eropah sahaja.
Buat masa ini, Nintendo tidak mengumumkan sebarang pelancaran edisi ini buat global buat kedua-dua berkas ini. Namun, kami percaya ianya akan diimport oleh penjual tempatan menjelang Disember ini.
Super Smash Bros. Ultimate merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Nintendo secara khas di konsol Switch. Ia merupakan satu permainan yang menjadi ikutan ramai dengan bentuk permainannya yang menarik dan senarai watak-watak dari pelbagai francais termasuklah permainan dari pengeluar permainan lain. Menurut Nintendo, permainan ini akan dilancarkan pada 7 Disember 2018 ini.