Pada dua minggu lepas, Nintendo di Eropah telah mengumumkan bekas besi dan alat kawalan gamecube edisi terhad Super Smash Bros. Ultimate. Kini nampaknya, Nintendo mengumumkan set edisi khas lain untuk pasaran luar Eropah. Iaitu Switch Pro Controller edisi Super Smash Bros. Ultimate.

Menariknya, Switch Pro Controller ini dijual dalam dua bentuk iaitu boleh dibeli secara berasingan atau juga beli bersama-sama dengan bekas besi khas.

Buat masa ini, secara rasminya ia hanya dijual di Amerika Syarikat melalui kedai atau laman terpilih seperti Amanzon atau Best Buy. Harga set adalah $139.99 (~RM574) dan untuk alat kawalan sahaja adalah $74.99 (~RM307) sahaja.

Jika anda ingin dapatkannya di Malaysia, anda mungkin boleh tunggu penjual pihak ketiga membawa masuk.

Sohor Kini