Informasi Permainan Video Terkini
PSX SEA 2018 – Pandang Pertama Dragon Quest XI Bersama Pengarah Dan Penerbit Permainan
Artikel Berkaitan

PSX SEA 2018 – Pandang Pertama Dragon Quest XI Bersama Pengarah Dan Penerbit Permainan

Diterbitkan pada Ogos 28, 2018 oleh .

Pada acara Playstation Experience (PSX SEA) 2018 lepas, kami berpeluang untuk menemu bual bersama pengarah dan penerbit buat permainan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age dan juga mencuba permainan tersebut. Berikut merupakan sesi temu bual penuh bersama dengan pendapat pandang pertama buat permainan tersebut.

Melalui demo permainan ketika acara PSXSEA 2018, tak banyak bahagian yang disediakan. Ini kerana demo tersebut hanya terhad kepada 15 minit sahaja untuk sesi permainan.

Walaupun begitu, ketika sesi demo tersebut, saya masih lagi berupaya untuk mencuba sebahagian permainan Dragon Quest XI, dan ianya sangatlah menyeronokkan. Ini kerana Dragon Quest kali ini bukan sahaja mempunyai bentuk permainan klasik seperti siri Dragon Quest sebelum ini, malah ia menghormati siri permainan tersebut.

Dari segi muzik, visual dan juga bentuk permainan, kesemuanya mempunyai ciri-ciri Dragon Quest yang pasti akan buat anda mengenang permainan klasik buat siri tersebut, terutamanya bagi mereka yang pernah bermain Dragon Quest VIII: Journey Of The Cursed King. Setiap muzik latar dan bunyian efek juga dihasilkan dengan baik sekaligus pasti akan membuat peminat siri Dragon Quest menyukai permainan ini.

Bagi anda yang baru dengan siri Dragon Quest, ianya merupakan permainan JRPG (Japanese Role Playing Game) yang mana anda akan mengawal seorang watak dan mengembara di dalam dunia permainan tersebut. Sepanjang pengembaraan permainan tersebut, pemain akan menyelesaikan pelbagai misteri dan juga bertemu dengan pelbagai jenis watak-watak yang akan menemani pemain untuk mengembara bersama.

Sememangnya ianya merupakan permainan ke-11 buat siri tersebut, namun seperti Final Fantasy, penceritaannya tidaklah berkaitan antara satu sama lain. Sekaligus buat mereka yang ingin melompat terus untuk bermain Dragon Quest XI, ianya tidaklah menjadi satu masalah.

Dari segi bentuk permainan pula, Dragon Quest XI kali ini mengekalkan konsep bentuk pertempuran secara turutan seperti siri klasik Dragon Quest. Jadi buat mereka yang ingin bermain permainan klasik JRPG, Dragon Quest XI sememangnya satu pilihan yang baik.

Walaupun mungkin ramai beranggap bentuk pertempuran ini agak membosankan, namun ianya lebih taktikal dan lebih mendalam daripada apa yang anda anggapkan. Ini kerana, jika anda mempunyai pelbagai ahli pasukan di dalam permainan tersebut, anda kena pastikan setiap pilihan serangan ataupun pertahanan yang anda lakukan mestilah membawa kejayaan buat sesi pertempuran tersebut terutamanya apabila bertarung dengan ketua musuh yang lebih kuat.

Memandangkan permainan ini menggunakan enjin permainan Unreal Engine 4, kualiti visual yang dipaparkan adalah sangat menakjubkan. Bukan sahaja Square-Enix mengekalkan bentuk visual cel-shaded seperti siri klasik Dragon Quest sebelum ini, malah mereka menggunakan visual yang hampir foto realistik, sekaligus ia menghasilkan visual permandangan yang sangat menawan.

Selain itu, kami juga berkesempatan untuk menemu bual bersama pengarah, iaitu Takeshi Uchikawa (Kiri) dan penerbit, Hokuto Okamoto (Kanan) buat permainan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age. Berikut merupakan sesi temu bual bersama mereka.

Sebagai seorang pemain yang baru buat siri Dragon Quest, apakah faktor yang menarik buat permainan terbaru Dragon Quest XI?

Buat masa sekarang, kami sedang menyambut ulang tahun ke-30 buat siri Dragon Quest, sekaligus permainan terbaru Dragon Quest kali ini merupakan hasil kombinasi apa yang menarik untuk kesemua siri Dragon Quest. Dragon Quest kali ini sememangnya senang untuk dimainkan. Ianya juga mempunyai citarasa Dragon Quest yang pasti buat pemain berasa “Ini sememangnya permainan Dragon Quest”. Pada masa yang sama, kami juga menyertakan pelbagai kandungan penceritaan yang menarik, gembira, sedih, kelakar dan sebagainya di dalam permainan ini.

Permainan terakhir untuk siri utama Dragon Quest saya adalah Dragon Quest VIII, iaitu ianya dilancarkan lebih dari 10 tahun lepas. Sebagai seorang peminat Dragon Quest VIII, peminat yang sudah lama dan peminat yang kembali buat siri tersebut, kenapa saya perlu bermain Dragon Quest XI?

Sudah pastinya ianya lebih menarik daripada Dragon Quest VIII. Pada pendapat kami sendiri, bagi mereka yang menyukai Dragon Quest VIII, sudah pasti akan menyukai Dragon Quest XI, ini kerana kami menghasilkan watak-watak dan dunia yang lebih menarik buat permainan tersebut. Menariknya, pemain di Jepun juga berpendapat sedemikian.

Apakah jangkaan anda berkenaan Dragon Quest XI di pasaran Asia Tenggara?

Kami berharap peminat siri Dragon Quest XI akan menghargai apa yang kami lancarkan terutamanya edisi bahasa Inggeris. Kami juga berharap dapat menggembirakan peminat lama dan juga pemain yang tidak pernah bermain siri Dragon Quest XI. Selain itu, ketika kami membangunkan versi bahasa Inggeris, kami juga sering mendengar dari pihak Sony Interactive Entertainment bahawa terdapat ramai peminat siri Dragon Quest di Asia Tenggara, namun kami sendiri tidak mengetahui berkenaannya. Sekaligus kami berharap dengan acara sebegini, kami akan menemui ramai peminat dan mengetahui jumlah peminat di Asia Tenggara dengan lebih lanjut.

Dragon Quest sememangnya merupakan siri JRPG yang menggunakan sistem pertempuran secara turutan. Ianya boleh dikatakan sistem pertempuran yang agak klasik dan masih lagi terdapat pemain yang tidak biasa dengan sistem tersebut. Adakah anda risau berkenaan bentuk sistem tersebut akan memberi kesan terhadap jualan permainan tersebut?

Dragon Quest XI merupakan satu kombinasi elemen daripada kesemua siri-siri Dragon Quest dan juga ianya adalah sempena ulang tahun ke-30 buat siri tersebut. Pada pendapat kami sendiri, kami tidak risau akan terhadap perkara tersebut kerana kami pasti tujuan utama permainan tersebut terpaku di situ.

Memandangkan Dragon Quest kini sudah mula dibawa ke secara global dan ke arah barat, apakah ciri-ciri yang barat yang anda sertakan di dalam permainan ini?

Dari segi visual, buat versi Jepun, kami menyertakan latar belakang yang berwarna hitam dan tulisan berwarna putih. Namun, buat versi global, kami mengubah paparan visual ke arah yang lebih sesuai untuk pemain global termasuklah tulisan berwana hitam dan latar belakang hitam. Selain itu, kami juga mengubah tahap kesukaran permainan tersebut dimana kami percaya pemain global lebih menyukai bentuk permainan yang lebih sukar, jadi kami menambahkan elemen yang pasti akan memberi cabaran buat pemain.

Adakah anda berminat untuk menghasilkan semula siri Dragon Quest sebelum ini sebagai permainan pernambah-baikkan?

Jika permainan Dragon Quest XI ini mendapat sambutan yang baik terhadap peminat, kami sememangnya berminat untuk membawanya kembali. Namun, kami hanya perlu menanti dan tengok bagaimana ianya keadaan permainan ini dahulu.

Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age merupakan permainan JRPG oleh Square-Enix yang mana ia akan dilancarkan pada 4 September ini secara di konsol Playstation 4. Manakala versi PC, ianya bakal tiba pada 5 September ini di Steam.

Square-Enix juga sebelum ini mengumukan edisi terhad dan edisi biasa yang mana ia bakal tiba buat pasaran Malaysia bermula dengan harga RM199.


TIPS & ULASAN