Dragon Quest XI Menerima Trailer Baharu – Dua Edisi Diumumkan

Seperti kita sedia maklum Dragon Quest XI telah diumumkan untuk Playstation 4 dan PC dan akan dikeluarkan pada 4 September 2018. Sebelum ini diumumkan hanya edisi biasa yang akan berharga RM199 untuk digital dan RM209 untuk versi fizikal.

Semasa persidangan E3, Square Enix mempertontonkan trailer baru untuk permainan ini. Trailer ini memfokuskan pengembaraan Luminary bersama dengan rakan-rakan beliau.

Selain itu melalui trailer ini turut diumumkan dua versi baharu iaitu Edition of Light dan Edition of Lost Time. Edition of Light berharga $59.99 (RM239), edisi ini hanya memberi penambahan dari segi DLC khas yang lebih memudahkan permainan anda. Edisi ini juga boleh didapati melalui versi digital.

Manakala Edition of Lost Time yang berharga $149.99 (RM600) boleh dikatakan sebagai edisi Collector untuk permainan ini. Mengandungi sepertimana Edition of Light dengan tambahan peta kain yang bersaiz 20″ x 15″, Artbook, 2 CD muzik latar, bekas Steelbook dan 2 lagi penambahan DLC yang membantu permainan.

Sohor Kini