Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age semalam, Sony Interactive Entertainment dan Square-Enix hari ini mengumumkan bahawa permainan JRPG tersebut bakal tiba buat pasaran Malaysia pada 4 September 2018 ini.

Melalui pasaran Malaysia, versi Playstation 4 permainan tersebut akan dijual dengan harga RM199 buat versi Digital. Manakala versi fizikal pula akan dijual dengan harga RM209. Namun buat masa ini, Square-Enix dan Sony masih belum mengumumkan sebarang edisi terhad dan juga harga buat versi PC.

Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age merupakan permainan pengembaraan JRPG seterusnya oleh Yuji Horii, iaitu pencipta siri Dragon Quest. Seperti siri Dragon Quest sebelum ini, Akira Toriyama juga kembali sebagai pereka watak buat permainan ke-11 bagi siri Dragon Quest.

Permainan ini juga merupakan permainan kendiri yang mana pemain berupaya untuk terus bermain dan menikmati pelbagai watak-watak baru bersama bentuk pertempuran yang menarik buat peminat tegar Dragon Quest dan juga pemain baru.

Permainan tersebut sebelum ini dilancarkan di Jepun pada tahun lepas yang mana ia mendapat pelbagai sambutan oleh peminat dan telah terjual melebihi 2 juta salinan buat versi Playstation 4 dan 3DS. Melalui versi global, Square-Enix akan menyertakan sebilangan kandungan baru seperti suara latar bahasa Inggeris, misi tambahan dan mod foto.

Bagi anda yang meminati siri permainan bergenre JRPG, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini bermula 4 September ini di konsol Playstation 4 dan juga PC

Leave a Reply