Skip to main content

Sebelum ini, Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan set permainan Labo yang baru, iaitu Toy-Con 03: Vehicle Kit pada September ini.

Sempena pelancarannya yang semakin hampir, Nintendo juga mengumumkan bahawa set tersebut juga akan boleh dimainkan di permainan perlumbaan Mario Kart 8 Deluxe seperti set motosikal sebelum ini.

Nintendo Labo Toy-Con 03: Vehicle Kit merupakan set seterusnya buat siri Nintendo Labo yang memfokuskan permainan berkenderaan. Ianya bukan sahaja mempunyai stereng untuk kereta, malah ia juga mempunyai pelbagai kemudi kenderaan lain seperti kapal terbang dan kapal selam.

Mario Kart 8 Deluxe merupakan permainan perlumbaan yang asalnya dilancarkan di Nintendo Wii U. Ia kini menerima kemaskini terbaru buat konsol Switch dan menariknya buat mereka yang akan membeli set Labo Toy-Con 03 ataupun sudah pun mempunyai set Labo Toy-Con 01, set motosikal dan stereng tersebut boleh digunakan buat permainan tersebut.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan set Labo Toy-Con 03 bermula 14 September ini.

Leave a Reply