Informasi Permainan Video Terkini
Set Labo Terbaru Vehicle Kit Akan Tiba Pada 14 September 2018 – Bertemakan Alat Kawalan Kenderaan

Set Labo Terbaru Vehicle Kit Akan Tiba Pada 14 September 2018 – Bertemakan Alat Kawalan Kenderaan

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Nintendo Labo pertama kali dikeluarkan pada 20 April lepas. Ia disertakan dengan dua set iaitu Variety Kit dan Robot Kit. Walaupun tidak diumumkan secara rasmi, ramai yang menjangkakan Nintendo akan terus mengeluarkan set-set yang baharu.

Hari ini, Nintendo mengumumkan set berikutnya untuk Nintendo Labo adalah Toy Con 3 – Vehicle Kit yang akan tiba pada 14 September 2018. Di dalam set ini terdapat tiga set kawalan iaitu Toy-Con Car dan Toy-Con Pedal sebagai set kawalan kereta, Toy-Con Plane sebagai set kawalan kapal terbang dan Toy-Con Submarine sebagai set kawalan kapal selam. Selain itu disertakan juga Toy-Con Key sebagai alat tambahan.

Seperti set-set Labo yang lain, set ini juga disertakan dengan perisian yang akan digunakan bersama dengan set-set kawalan yang akan dibina oleh pemain. Berdasarkan trailer yang diperlihatkan, aplikasi yang disertakan mempunyai satu jenis permainan sahaja akan tetapi pemain bebas mengembara dan pemain juga boleh menukar kenderaan dengan menggunakan Toy-Con Key untuk menjadi kereta, kapal terbang ataupun kapal selam.

Set ini berharga seperti Variety Kit iaitu $69.99 dan jika mengikut harga pasaran Variety Kit sekarang, kemungkinan ia akan dijual dengan harga RM299 apabila tiba di pasaran Malaysia kelak.

Ulasan Nintendo Labo Toy-Con 01: Variety Kit – Pembinaan Menyeronokkan Tetapi Permainan Sangat Ringkas


TIPS & ULASAN